Forum Pelajar Pendidikan Jarak Jauh UiTM-PJJ UiTM
Sila register untuk terlibat di dalam aktivit Forum PJJ UiTM.
1. username
2. email
3. password

SIAP! ( tak sampai 1 minit )


Dari
PJJ UiTM


Forum Pelajar Pendidikan Jarak Jauh UiTM -PJJ UiTM
 
HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Rujukan

Share | 
 

 PJJ UiTM: Soalan & Jawapan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 13
Join date : 2010-02-24

PostSubject: PJJ UiTM: Soalan & Jawapan   Fri Feb 26, 2010 10:51 am

SOALAN-SOALAN LAZIM e-PJJ

1. Perlukah saya mempunyai komputer di rumah untuk mengikuti Program e-PJJ?

Anda tidak perlu mempunyai komputer di rumah (tetapi ianya lebih memudahkan sekiranya anda ada kemudahan ini di rumah). Walau bagaimana pun, anda perlu mempunyai kemudahan akses ke Internet, sama ada dari pejabat atau di pusat-pusat siber.

2. Perlukah saya masuk ke kelas maya e-PJJ setiap hari?

Tidak perlu. Walau bagaimana pun, anda digalakkan untuk mengakses kelas maya seberapa kerap yang boleh/mampu/upaya. Pada puratanya, anda hanya perlu masuk ke kelas maya lebih kurang dua atau tiga kali seminggu.

3. Berapa lamakah perlu saya berada di dalam kelas maya setiap kali saya mengaksesnya?

Terpulang kepada anda. Pada puratanya, anda hanya perlu berada di dalam kelas maya diantara 30 minit hingga 40 minit bagi setiap sesi. Lain-lain kerja boleh anda lakukan di luar talian (offline).

4. Perlukah saya mempunyai kemahiran IT yang tinggi untuk mengikuti program ini?

Tidak perlu. Anda hanya perlu tahu mengakses laman kami melalui Internet sahaja di peringkat awal. Sistem yang digunakan adalah amat mesra pengguna dan panduan permulaan juga disediakan untuk membantu anda. Anda juga boleh mendapat bantuan teknikal melalui e-mel atau telefon pada waktu bekerja biasa.

5. Adakah program e-PJJ diikitiraf?

Semua Program e-PJJ diikitiraf oleh pihak-pihak yang terbabit, seperti Kementrian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Dari segi syarat, polisi, kualiti, kurikulum, silabus dan sebagainya, Program e-PJJ adalah sama dengan program-program UiTM sepenuh masa yang lain. Perbezaan adalah dari segi cara pembelajaran sahaja.

6. Bolehkah saya memindah kredit yang telah saya perolehi dari IPT lain?
Setelah diterima dan mendaftar sebagai pelajar e-PJJ UiTM, anda boleh memohon untuk mendapat pemindahan kredit bagi kursus-kursus yang telah anda ambil dan lulus daripada IPT yang diikitiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

7. Saya mempunyai kelayakan dari IPTS. Bolehkah saya menggunakannya untuk memenuhi syarat kemasukan?
Semua kelulusan IPTS yang diiktiraf oleh LAN boleh digunakan untuk memenuhi syarat kemasukan ke dalam program-program e-PJJ.

8. Adakah UiTM menyediakan sebarang bantuan kewangan atau biasiswa?
Program e-PJJ adalah sebuah program yang telah mendapat subsidi dari UiTM dan membolehkan kadar yuran rendah dikenakan. Bantuan kewangan secara langsung tidak dapat disediakan. Walau bagaimana pun, anda boleh mendapat pinjaman pendidikan dari mana-mana institusi kewangan.

9. Bila dan bagaimana untuk memohon?
Anda boleh memohon pada bila-bila masa melalui Sistem Permohonan Dalam Talian yang telah disediakan. Pengambilan pelajar dilakukan dua kali setahun, pada bulan Mei dan November setiap tahun.
Back to top Go down
View user profile http://pjjuitm.forumotion.com
 
PJJ UiTM: Soalan & Jawapan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Pelajar Pendidikan Jarak Jauh UiTM-PJJ UiTM :: Info Rasmi PJJ UiTM :: Info Rasmi PJJ UiTM-
Jump to: